Saturday, 19 April 2014

KAMBING BEREMPAH ALA BANGLADESH


KAMBING BEREMPAH ALA BANGLADESH



Masakan kambing ni adalah kegemaran keluarga kami..memang sedap kalau digandingkan dengan Nasi Beriyani & Acar Timun...malahan boleh buat cicah dengan roti....kalau nak rasa sedap @ tak, jom tengok resepi kat bawah...selamat mencuba.


Bahan-bahan.

1kg kambing - beli yang campur dengan tulang baru sedap.
1/2 tin minyak sapi - tin sederhana
3 biji bawang puteh - (resepi ni mmg guna bawang puteh yg banyak) *
4 biji bawang besar *
3 cm Halia Muda *
2 sudu besar jintan manis
5 biji buah pelaga
1-2 batang kayu manis
2-3 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (Kalau suka)
5-6 biji cili padi


Cara2 :

 Blend semua bahan *
Perapkan bersama kambing selama 1 jam
Sediakan kuali, masukkan semua bahan bersama minyak sapi, serbuk kunyit, buah pelaga, kayu manis. Api biar perlahan ye...masukkan air sedikit kalau nak  kambing berkuah..masak la sampai pekat..perasakan..kalau nak pedas letak je 5-6 biji cili padi.
Sedia di hidangkan dengan nasi Beriyani ...

Masakan ni boleh tahan 3-4 hari (kalau tak habis la)...tak menggunakan santan ye.



KARIPAP KELEDEK TELOR PUYOH & SPICY KAMBING





Assalamualaikum...kawan-kawan sekalian, bercerita tentang Karipap, rasanya kalau zaman sekarang ni, semua mak-mak sentiasa sebukkan, jadi apa kata kita pendekkan masa & cerita.

Karipap Frozen Keledek Telor Puyoh

Inti karipap ni adalah resepi mak saya, memang sedap hingga menjilat jari..he3..sekali rasa nak 2 kali...kebiasaan orang pakai kentang, tapi saya guna keledek oren, jadi rasa sedikit manis...untuk buatkan karipap ni lain dari yang lain saya letakkan telor puyoh...cer tengok gambar kat bawah ni.....sedap oooo...



 Dah siap goreng...tengok isi kat dalam tu...penuh dengan inti..kira tak kedekut la ni kan...







Isi yang padat..memang sedap kalau makan panas-panas..kawankan dengan secawan nescafe...memang mertua lalu pun tak nampak..














Pejam celik pejam celik, bulan puasa pun dah dekat kan... ha..memang sedang elok kalau sentiasa ada di dalam frozen...manalah tahu kalau-kalau mood malas nak masak untuk bersahur @ nak makan yang simple2...contact saya 0178833137 untuk tempahan...jangan segan-segan..

Tuesday, 15 April 2014

KPJ SPECIALIST MEDICAL CENTRE, KLANG

ALKISAHNYA BULAN APRIL, BILA ANAK-ANAK SILIH BERGANTI MASUK KELUAR WARD. JOM TENGOK APA CER....






 Ini anak yang sulong..warded pada 10/04/2014, Thurs, Level 3a, 360 kerana demam berlarutan sampai ke 6 hari...maka berkampung la kami anak beranak 3 hari 2 malam di sini..



Kebiasaan, dia ni memang super penakot..faham2 je la..bila kena cucuk kena nangis dulu..he3

BFF dia datang melawat...




Ini anak ke-2, Aleesya Hannah..warded 3 hari selepas kakak dia discharge.
15/04/2014, Tue, Level 3a, 349.
Doc sah kan najis sudah dijangkiti Virus Rotavirus..mengakibatkan muntah2 , cirit birit tanpa henti & demam.

 Dalam Emergency Room..tunggu Doc....alahai anak mama...


 Get Well Soon Sayang...









SI HITAM KU CAYANG


Besarnye muluttt...


Cute kan...dok peluk ubi keledek tu apasai...