KAMBING BEREMPAH ALA BANGLADESH
Masakan kambing ni adalah kegemaran keluarga kami..memang sedap kalau digandingkan dengan Nasi Beriyani & Acar Timun...malahan boleh buat cicah dengan roti....kalau nak rasa sedap @ tak, jom tengok resepi kat bawah...selamat mencuba.
Bahan-bahan.
1kg kambing - beli yang campur dengan tulang baru sedap.
1/2 tin minyak sapi - tin sederhana
3 biji bawang puteh - (resepi ni mmg guna bawang puteh yg banyak) *
4 biji bawang besar *
3 cm Halia Muda *
2 sudu besar jintan manis
5 biji buah pelaga
1-2 batang kayu manis
2-3 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (Kalau suka)
5-6 biji cili padi
Cara2 :
Blend semua bahan *
Perapkan bersama kambing selama 1 jam
Sediakan kuali, masukkan semua bahan bersama minyak sapi, serbuk kunyit, buah pelaga, kayu manis. Api biar perlahan ye...masukkan air sedikit kalau nak kambing berkuah..masak la sampai pekat..perasakan..kalau nak pedas letak je 5-6 biji cili padi.
Sedia di hidangkan dengan nasi Beriyani ...
Masakan ni boleh tahan 3-4 hari (kalau tak habis la)...tak menggunakan santan ye.
Setahu saya jintan manis tak di masuk.cuma jintan putih sahaja.apa yg diajar org bangladesh sendiri kpd saya..maaf kalau saya tersalah.
ReplyDelete