Saturday, 30 May 2015

 INTI KARIPAP AYAM


Untuk resepi inti karipap ayam yang top meletop ini sila tengok pelan2 ye.

Bahan.

2kg Kentang - dipotong dadu
Daging Ayam (agak2 mcm dlm gambar) - potong dadu
3 biji bawang besar - dihiris
10 biji bawang puteh - dihiris
8 sudu besar - serbuk kari ayam (adabi/baba's)
4 sudu besar - serbuk cili (baba's)
Gula - agak2 biar inti agak manis baru urmm
Garam - secukup rasa
2 biji kiub pati ayam 
Air
Daun Kari

Cara 2 :

Tumis bawang besar & bawang putih sampai naik bau. Masukkan serbuk kari & serbuk cili. Biar seketika hingga naik bau. Masukkan air (agak2 tenggelam kentang). Masukkan kentang. Biar hingga kentang 1/2 masak.
Masukkan gula, garam, kiub ayam.
Biarkan mendidih barulah masukkan daging ayam yg telah dipotong dadu tadi.
Masak hingga kuah kering.
Biarkan sejuk.

Selamat mencuba.




Gambar inti ayam yg sedang disejukkan...menarikkan?



Tuesday, 31 March 2015

Karipap Sardin + Kentang




KARIPAP SARDIN FROZEN

Karipap Maqrich paling HOT pada tahun 2014...dah order sekali akan order lagi berkali-kali....he3

                                                             Karipap saiz M...






Bahan-bahan Inti ;

2 tin sardin cap King
3 biji bawang besar - hiris
5 biji bawang puteh - hiris
10 biji Kentang - potong 4 segi mcm dlm gambar tu.
3 sudu besar - Rempah kari ikan Baba's
3 sudu besar - cili kisar
1 keping asam keping
Sedikit daun sup - cincang halus (tak nak letak pun tak pe)
10 biji cili padi - di hiris (nak pedas tambah la lagi ye)
Sedikit minyak utk menumis (jgn byk sgt minyak sbb kita tak nak nnti inti berminyak)
2-3 helai - daun kari

Cara2 :

Tumis bawang sampai wangi, masukkan cili giling & rempah kari. Masukkan sedikit air supaya rempah kari tak hangit.
Masukkan asam keping.
Bila rempah kari dah naik bau, masukkan kentang & air (paras kentang tenggelam)
Biar seketika sampai kuah kentang sedikit pekat.
Masukkan gula & garam, dan kalau suka masukkan serbuk perasa.
Bila dah menggelegak, masukkan daun kari...biar hingga inti kering.
Last sekali tabur dgn daun bawang.
Tutup api dan biarkan sejuk.

Selamat mencuba.

I



Bila dah klip cantik2 mcm gambar kat bawah ni, masukkan dlm frezer..biarkan karipap keras sikit, tujuannya untuk mengelakkan karipap melekat antara satu sama lain....bila dah keras sedikit baru alihkan dalam plastik @ dlm tapawe..tutup rapat & simpan...kalau tak tutup rapat nanti karipap akan merekah....bila nk goreng just masukkan je dlm minyak yg panas..goreng dlm api sederhana supaya karipap tak hangit.





Monday, 30 March 2015


Assalamualaikum..hari2 keluar cerita kek itu kek ini kan..so hari ni nak tunjuk Karipap pulak...
Pada asalnya saya hanya buat 2 jenis karipap je..

1. KARIPAP TELOR PUYOH
2. KARIPAP SPICY KAMBING

Tapi sejak akhir tahun 2014 karipap saya semakin ramai peminat...alhamdulllah kini saya ada 5 jenis karipap .

1. KARIPAP TELOR PUYOH
2. KARIPAP SPICY KAMBING
3. KARIPAP SARDIN
4. KARIPAP AYAM
5. KARIPAP DAGING





Karipap semua pakai manual ye..maksudnya saya klim pakai tangan..bukan pakai acuan...lebih sedap kan?..heheh




                                      Rupa karipap yang dah digoreng...montok-montok gitu.



Karipap ini saiz M...besar sikit dari saiz karipap yg jual kat luar...isi memang padat ye..tak de space kosong pun kalau dah goreng...cuba tengok gambar kat atas tu.....







Sape2 nak rasa karipap ISTIMEWA saya ni..jangan malu jgn segan utk sms/whatsapp saya.
0178833137

Thursday, 12 March 2015

Rendang Sarawak




Ha...baru ada masa nak bukak blog..kali ni nak share resepi Rendang yang paling aku sekeluarga suka, tiap2 tahun raya mesti masak...rasa lemak2 manis dgn kismis..makan dengan ketupat / nasi impit...nak makan dengan nasi pun ok.
Jom tengok resepi kat bawah.



Bahan2 :
  • 1 ekor Ayam - potong suka hati
  • 5 biji Bawang Besar *
  • 7 ulas Bawang Puteh *
  • Sedikit Halia *
  • Sedikit Lengkuas *
  • 4 Batang Serai *
  • Kismis - Agak2 (kalau suka letak banyak)
  • 2 helai Daun kunyit - hiris nipis
  • Daun Limau Purut - 2 helai
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 cawan Tomato Sos
  • 1 cawan Cili Sos
  • Garam
  • Gula
  • 2 sudu besar majerin
Cara2:

Blend semua bahan bertanda *
Masukkan semua bahan dalam kuali kecuali kismis
Masak dlm api perlahan & sentiasa balik2an untuk elak ayam hangit disebelah bawah.
Bila ayam dah empuk, masukkan kismis & perasakan.
Siap.





Makan dengan nasi impit daun pisang.




Saturday, 22 November 2014

CRABSTICK CRUNCY

CRABSTICK CRUNCY

Assalamualaikum....

Dah lama sangat rasanya tak mengadap blog ni, masa sekarang ni amatlah terhad, sebuk dengan tempahan...
antara tempahan yg sedang HOT sekarang adalah Crabstik Cruncy..


Ni rupa crabstik yang dah di carik2 memanjang.

Bahan2 utk menggorang Crabstik ;

Tepung Gandum - 2 cawan
Tepung Jagung - 2 cawan
Serbuk Bawang puteh _ 2 susu kecil
Serbuk Kari Ikan - 5 sudu besar (Agak2 la)
Minyak utk meggoreng

Cara-cara ;

Letak bahan2 di atas dlm satu bekas, gaul rata. Panaskan minyak sampai betul2 panas ye, kalau tak berpa nk panas nnti crabstik akan melekat antara satu sama lain.
Gaulkan sedikit demi sedikit crabstik dl tepung (kata lain bedak kan ia) dan terus masukkan dlm minyak panas.Jagan terlalu byk dalam sekali menggoreng ye nnti masak tak sekata.
Sentiasa balik2 kan ia sampai setengah rangup, taburkan daun kari..biar seketika sampai betul2 garing. Angkat & tuskan sampai betul2 sejuk barulah masukkan dlm balang.

                                                 Ni rupe crabstik yg dah digorang rangup,








Kalau rasa malas@ tak ada masa  nak buat, hubungi saya utk tempahan / menjadi agen..0178833137

Monday, 9 June 2014

DAGING DENDENG

Bulan puasa pun dah dekat,  lebih kurang dalam 2 minggu lagi..terfikir apa nak masak utk bersahur...
dlam peti ais adalah lebih kurang 1kg daging....jom kita buat Daging Dendeng...sedap kalau makan dgn nasi panas-panas utk kita bersahur & boleh gak kalau dicicah dgn roti...

Kalau ada yg nk mencuba, tengok resepi ringkas saya ni...









Bahan-bahan

  • 1 kg daging biasa
  • 6-8 biji bawang besar *
  • 5 ulas bawang puteh *
  • Sedikit Halia *    sikit je dlm 1/2 inci, byk2 nnti pahit
  • Sedikit Lengkuas*
  • Cili giling/cili boh - anggaran 1 cwn..yang suka pedas boleh tambah lagi
  • Kicap manis - 1/2 cawan
  • Gula merah - dlm 3 sudu
  • Sedikir gula 
  • Sedikit air asam jawa
  • sedikit garam - sikit je sbb kicap dah masin
  • Minyak
Cara-cara

Rebus daging
Hiris agak2 nipis
Tumbuk sedikit daging
Gaulkan dgn kicap
Perap dlm 1 jam
Goreng 1/2 masak
Ketepikan

Tumis bhn blender sampan naik bau & agak kering
Masukkan cili boh
Kacau hingga naik minyak
Masukkan sedikit stok rebusan daging
Biar kejap sampai kuah agak pekat
Masukkan daging yg dah di goreng
masukkan gula melaka, gula puteh & air asam jawa.
Masaklah hingga agak2 kering, kalau nk lebihkan kuah, masukkan sedikit air rebusan

Memang sedap hokeyy...boleh la mencuba, boleh simpan lama dlm bekas tertutup...